Tuesday 24 April 2012

Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Kepala Batas

Pada 23 April 2012, telah berlangsung Kejohanan Bola Baling MSSPP Zon Kepala Batas 2012 di padang SMK Pokok Sena. Setelah hampir 5 tahun tidak menyertai kejohanan ini, Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk menyertai kejohanan pada tahun ini. Lebih bersifat untuk memberikan pendedahan di mana tiada sebarang sasaran diletakkan, pasukan lelaki lebih mencuri tumpuan apabila hanya dinafikan peluang ke peringkat suku akhir dengan 1 mata dengan kedudukan ketiga peringkat kumpulan. Pasukan perempuan pula agak kurang bernasib baik apabila gagal mencatat keputusan yang memberansangkan.
Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada para pemain dan guru-guru yang terlibat, yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan pasukan bagi menggalas nama sekolah pada kejohanan kali ini.




Thursday 19 April 2012

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2012 - dari Teluk Bahang ke Kuantan

      Tanggal 18 April 2012, satu lagi sejarah telah tercipta apabila dua pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah terpilih untuk bertanding dalam Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran , Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bertempat di SMK Teluk Bahang.
        Apa yang lebih membanggakan , salah seorang daripada pelajar tersebut ; Danial Arsyad bin Alwi telah muncul Johan dan seterusnya melayakkan beliau mewakili negeri Pulau Pinang pada kejohanan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang. Walau bagaimanapun, kejayaan berganda yang diharapkan masih belum menjadi kenyataan apabila seorang lagi pelajar iaitu Hanan Athirah bt Nazli hanya memperolehi hadiah saguhati.
       Kejayaan kedua-dua pelajar ini menjadi kebanggaan seluruh warga SKPB. Segulung tahniah untuk mereka dan tenaga pelatih yang telah bertungkus lumus. Doa guru-guru dan rakan-rakan di SKPB akan mengiringi perjuangan Danial Arsyad ke Kuantan nanti.






Tuesday 17 April 2012

Motivasi Pagi Bersama Guru Besar

Sesi 5 minit bersama Guru Besar telah dijadikan acara rutin yang dijalankan setiap dua minggu, pada hari Isnin sebelum perhimpunan pagi ditamatkan. Dalam majlis ini, Tuan Guru Besar berkongsi kisah-kisah dan kata-kata nasihat berbentuk motivasi untuk guru-guru. Isi kandungannya adalah berkisar mengenai sikap dan profesionalisme keguruan yang  bertujuan untuk menyuntik semangat kepada guru-guru bagi memulakan minggu persekolahan yang baru. 


Friday 13 April 2012

Program Motivasi Mad Min A+

Pada 7 - 8 April 2012, para pelajar Tahun 6 telah mengikuti Program Motivasi Mad Min A+ yang telah dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh para fasilitator yang bertujuan untuk memberikan suntikan semangat dan membina keyakinan diri pelajar-pelajar Tahun 6 yang menjadi calon UPSR 2012.





Tuesday 10 April 2012

Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Kepala Batas 2012

Kecemerlangan pasukan olahraga sekolah diteruskan pula oleh skuad bola jaring yang berjaya menggondol tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Kepala Batas 2012. Tahniah kepada pemain dan guru-guru yang telah berjaya melonjakkan nama sekolah .

Kejohanan Olahraga Zon Kepala Batas 2012

Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas 2012 yang telah berlangsung pada 6 - 8 April 2012 telah membawa kejayaan yang cemerlang kepada kontijen SK Permatang Bertam apabila Nurin Hafiza bt Mohd Zaki, telah menggondol pingat emas dalam acara Lontar Peluru kelas P4.
Seterusnya, Nurin telah dipilih untuk mewakili Zon Kepala Batas dalam Kejohanan Olahraga MSSPP yang telah berlangsung di Stadium Batu Kawan. Nurin Hafiza telah memperolehi tempat ke - 5 daripada 16 peserta.
Tahniah !