Thursday 19 April 2012

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2012 - dari Teluk Bahang ke Kuantan

      Tanggal 18 April 2012, satu lagi sejarah telah tercipta apabila dua pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah terpilih untuk bertanding dalam Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran , Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang bertempat di SMK Teluk Bahang.
        Apa yang lebih membanggakan , salah seorang daripada pelajar tersebut ; Danial Arsyad bin Alwi telah muncul Johan dan seterusnya melayakkan beliau mewakili negeri Pulau Pinang pada kejohanan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang. Walau bagaimanapun, kejayaan berganda yang diharapkan masih belum menjadi kenyataan apabila seorang lagi pelajar iaitu Hanan Athirah bt Nazli hanya memperolehi hadiah saguhati.
       Kejayaan kedua-dua pelajar ini menjadi kebanggaan seluruh warga SKPB. Segulung tahniah untuk mereka dan tenaga pelatih yang telah bertungkus lumus. Doa guru-guru dan rakan-rakan di SKPB akan mengiringi perjuangan Danial Arsyad ke Kuantan nanti.