Saturday 23 June 2012

Kejohanan Olahraga Jemputan

Pada 19 Jun dan 23 Jun 2012, SK Permatang Bertam telah menerima 3 jemputan daripada sekolah-sekolah berhampiran untuk menyertai acara 4 x 100 m sempena Kejohanan Hari Sukan mereka. 
Pada 19 Jun, adalah Kejohanan Sukan SJK(C) Pei Yu yang berlangsung di Kompleks Sukan Bertam. SK Permatang Bertam telah menghantar 2 pasukan iaitu kuartet  4 X 100m lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan berjaya menggondol pingat gangsa.

Pada 23 Jun pula, SK Permatang Bertam telah menerima 2 jemputan lagi daripada SK Kepala Batas dan SK Ara Rendang. Sebanyak 3 kuartet telah dihantar iaitu 2 kuartet beraksi di Kompleks Sukan Bertam manakala 1 kuartet lagi beraksi di padang SK Ara Rendang. 
Aksi mantap kedua-dua kuartet SKPB di Kompleks Sukan Bertam menyaksikan dua pingat perak berjaya diraih. Manakala kuartet pelapis yang beraksi di SK Ara Rendang berjaya menempatkan diri di tempat ke empat. 

Warga SKPB berasa bangga di atas kejayaan anak-anak SKPB membawa pulang pingat dan hadiah pada setiap kejohanan ini. Semoga kejayaan ini mampu memberikan pendedahan yang berguna kepada mereka dan memberikan galakan kepada lebih banyak bakat-bakat baru dalam sukan olahraga.

TAHNIAH!



dari kiri : Fuad, Hakeem, Syahmi, Amir


dari kiri : Izyan, Saffa, Nazifa, Masturina