Saturday 21 July 2012

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Pada hari Jumaat, 20 Julai 2012 telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Sambutan Kemerdekaan 2012. Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Khawarizmi SK Permatang Bertam telah dimulai dengan bacaan Yasin.
Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada guru- guru kelas sebagai simbolik pelancaran .
Kemudian, para pelajar dan guru telah mendengar kisah- kisah sebelum kemerdekaan yang berkisar mengenai penderitaan , perjuangan dan susah-payah rakyat zaman dahulu dalam usaha menuntut kemerdekaan. Kisah-kisah ini telah disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Dato' Jamaludin Omar.
Acara kemuncak pada majlis tersebut adalah nyanyian lagu-lagu patriotik oleh para pelajar dan guru. Nyanyian penuh bersemangat oleh warga-warga SKPB telah menyebabkan seluruh dewan bergema dengan semangat patriotik anak bangsa yang cintakan negara Malaysia.








Kejohanan Boling Padang MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pada 17 & 18 Julai 2012, telah berlangsung Kejohanan Boling Padang MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kompleks Sukan Bertam.
Menerima jemputan saat akhir, SK Permatang Bertam telah menghantar peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan 3 untuk memberikan pendedahan kepada mereka.
Walaupun tidak diletakkan sebarang harapan yang tinggi, 3 pasukan dari SKPB telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Pair lelaki, Triple lelaki dan Triple perempuan telah membuktikan bahawa usia bukanlah segalanya apabila berjaya mengalahkan pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman. 
Tahniah diucapkan kepada para pemain, semoga program pembangunan sukan ini akan berjalan dengan lebih aktif lagi pada tahun hadapan.







Kejohanan Golf MSSPP Zon Utara


Pada Kejohanan Golf MSSPP Zon Utara yang berlangsung di Penang Golf Resort baru-baru ini, salah seorang pelajar SK Permatang Bertam telah berjaya mencatatkan nama selaku Johan untuk tahun 2012.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amar Hafeez bin Ahmad Kamal di atas kejayaan tersebut.

Tuesday 10 July 2012

JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 2012

UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG BERTAM
13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.







Tuesday 3 July 2012

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Karnival Bahasa Peringkat Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang


Pada hari Rabu, 27 Jun 2012 salah seorang anak SK Permatang Bertam, Hanan Athirah bt Mohd Nazli telah menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Melayu sempena Karnival Bahasa Peringkat Negeri Pulau Pinang. 
Walaupun telah menunjukkan semangat juang yang tinggi , Hanan Athirah terpaksa berpuas hati di tempat ke - 4. Walaupun tidak berjaya menempatkan diri di kalangan 3 peserta terbaik, warga SKPB tetap berbangga dengan kejayaan Hanan Athirah. Seluruh warga SKPB berdoa agar keputusan tersebut mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.