Friday 7 June 2013

Anak Permatang Bertam Menggegar Putrajaya

Rabu. 5 Jun 2013. Berlatar belakangkan Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersaksikan ribuan penonton di Dewan B dan jutaan penonton di kaca televisyen, seorang anak SK Permatang Bertam telah memahatkan namanya di dalam lipatan sejarah yang tidak mungkin mudah dilupakan.
Hanan Athirah bt Nazli membuktikan betapa kesungguhan dan keberanian mampu meletakkan seseorang di tempat yang tinggi apabila meraih gelaran Naib Juara Program Adik-Adikku Musim keempat . Kejayaan tersebut bertambah manis apabila detik kemenangan turut diraikan bersama kumpulan penyokong dan guru-guru yang dibawakan khas dari P.Pinang.
Seluruh warga SKPB amat berbangga dengan pencapaian ini. Hanan Athirah adalah refleksi untuk semua anak-anak SKPB bahawa tidak mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan asalkan mahu berusaha tanpa ada rasa putus asa. Semoga akan ada lebih ramai anak-anak SKPB yang mampu menjadi sehebat Hanan Athirah pada suatu hari nanti.
Tahniah Hanan Athirah! Anda kebanggaan kami!
Untuk warga SKPB yang terlepas aksi hebat di malam kemuncak tersebut, boleh saksikan video persembahan di sini.



Detik pengumuman kemenangan pula di sini :



*Untuk kualiti video yang lebih baik, sila buka di laman Youtube dan tukar kualiti video pada butang Change Quality.

Wednesday 5 June 2013

Rancangan Adik-Adikku Musim ke-4

Salah seorang anak kebanggaan SK Permatang Bertam, Hanan Athirah bt Nazli telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang peserta Program Adik-Adikku anjuran RTM .
Dengan bakat dan kebolehan yang ada, beliau telah berjaya menjadi salah seorang peserta final Adik-Adikku yang akan disiarkan di RTM 1 pada 5 Jun 2013 jam 9.00 malam.
Sebagai menghargai dan memberi sokongan, warga SKPB telah membawa sekumpulan penyokong ke PICC, Putrajaya bagi menyaksikan secara langsung persembahan Hanan Athiran di Pentas Akhir Adik-Adikku.
Kami seluruh warga SKPB sentiasa mendoakan kejayaan Hanan!
Hanan Athiran Boleh !!!


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 23 Mei 2013, BKGK SK Permatang Bertam bersama PIBG telah bekerjasama menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Majlis telah berlangsung dengan meriah dimulakan dengan perarakan masuk, ucapan, nyanyian lagu Hari Guru dan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Guru Besar sendiri.
Selepas rehat, majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka antara guru dan permainan antara guru dengan murid.
Akhir sekali, guru-guru dan murid-murid dihidangkan dengan beberapa persembahan yang dijayakan oleh anak-anak SK Permatang Bertam.














Thursday 23 May 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua tenaga pengajar di SK Permatang Bertam. Jadikanlah Hari Guru sebagai hari di mana anda menjana semula semangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Sambutan peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis, 23 Mei 2013. Majlis sambutan adalah anjuran bersama BKGK dan PIBG.


Patah Tumbuh Hilang Berganti

Selepas pertukaran , PK 1 Encik Ibrahim bin Abdul Hamid ke SK Bumbong Lima, warga SKPB menerima kedatangan Penolong Kanan 1 yang baru. Beliau adalah Pn. Khairun bt. Hj. Bilal yang sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan 1 di SK Permatang Buloh.
Bagaikan sirih pulang ke gagang ; begitulah peribahasa yang sesuai untuk Pn. Khairun kerana beliau pernah menabur bakti di SK Permatang Bertam dahulunya sebelum bertukar ke SK Permatang Buloh. Kini, beliau kembali selaku salah seorang tenaga pentadbir.
Warga SKPB mengucapkan selamat datang kepada Pn. Khairun. Semoga kedatangan beliau membawa bersama tenaga baru yang positif yang boleh dijanakan demi menjamin kecemerlangan anak-anak SKPB.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas.

Sunday 19 May 2013

Perkhemahan Perdana 2013

Pada 17 Mei , bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah berlangsung Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2013. Disertai seramai 60 orang pelajar dari tiga pasukan beruniform iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Puteri Islam, perkheman berlangsung dengan tenang dan meriah sepanjang 3 hari 2 malam peserta berada di situ.





Pertukaran PK 1

Pada 7 Mei 2013, warga sekolah telah menerima perkhabaran yang mendukacitakan apabila Penolong Kanan 1, En. Ibrahim bin Abdul Hamid telah menerima arahan pertukaran ke Sekolah Kebangsaan Bumbung Lima.
Suatu majlis ringkas telah diadakan bagi memberi peluang kepada murid-murid SK Permatang Bertam bersua muka dan bertentang mata untuk kali terakhir dengan beliau.
Warga SKPB mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Ibrahim.

Rangkuman Pencapaian 2013

Sepanjang tahun 2013 yang baru menjengah ke pertengahan tahun, telah banyak pencapaian yang diraih oleh  anak- anak SK Permatang Bertam. Disini akan disenaraikan secara ringkas perihal kejayaan yang telah diraih :

1. Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Kepala Batas
   - Nur Aina Maisarah bt Mazlan - Pingat Gangsa Lontar Peluru P4

2. Kejohanan Bola Sepak MSSPP Zon Kepala Batas
    - Pusingan kedua

3. Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Kepala Batas
    - Separuh Akhir

4. Kejohanan Golf MSSPP
    - Muhammad Amar Hafeez bin Ahmad Kamal
    - Tempat ketiga  (mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Golf MSSM)

5. Kejohanan Golf MSSM
    - Muhammad Amar Hafeez bin Ahmad Kamal
    - Anugerah Khas Near to the pin

6. Karnival Bahasa Melayu Kelompok R14
   - Hanan Athirah bt Nazli - Johan Pidato Bahasa Melayu
    - Kirana Syazwina bt Mohd Afif - Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1

7. Karnival Bahasa Inggeris Kelompok R14
    - Pasukan Action Song - Johan
    - Miera Syahira Hani bt Mohd Subki - Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita 

8. Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pulau Pinang
    - Pasukan Action Song - Tempat keempat

9. Danial Arsyad bin Alwi
    - Johan NILAM Peringkat Negeri P. Pinang

10. Danial Arsyad bin Alwi
     - Kelima : Pertandingan NILAM Peringkat Kebangsaan