Friday 7 June 2013

Anak Permatang Bertam Menggegar Putrajaya

Rabu. 5 Jun 2013. Berlatar belakangkan Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersaksikan ribuan penonton di Dewan B dan jutaan penonton di kaca televisyen, seorang anak SK Permatang Bertam telah memahatkan namanya di dalam lipatan sejarah yang tidak mungkin mudah dilupakan.
Hanan Athirah bt Nazli membuktikan betapa kesungguhan dan keberanian mampu meletakkan seseorang di tempat yang tinggi apabila meraih gelaran Naib Juara Program Adik-Adikku Musim keempat . Kejayaan tersebut bertambah manis apabila detik kemenangan turut diraikan bersama kumpulan penyokong dan guru-guru yang dibawakan khas dari P.Pinang.
Seluruh warga SKPB amat berbangga dengan pencapaian ini. Hanan Athirah adalah refleksi untuk semua anak-anak SKPB bahawa tidak mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan asalkan mahu berusaha tanpa ada rasa putus asa. Semoga akan ada lebih ramai anak-anak SKPB yang mampu menjadi sehebat Hanan Athirah pada suatu hari nanti.
Tahniah Hanan Athirah! Anda kebanggaan kami!
Untuk warga SKPB yang terlepas aksi hebat di malam kemuncak tersebut, boleh saksikan video persembahan di sini.



Detik pengumuman kemenangan pula di sini :



*Untuk kualiti video yang lebih baik, sila buka di laman Youtube dan tukar kualiti video pada butang Change Quality.