Friday 7 June 2013

Anak Permatang Bertam Menggegar Putrajaya

Rabu. 5 Jun 2013. Berlatar belakangkan Putrajaya International Convention Centre (PICC), bersaksikan ribuan penonton di Dewan B dan jutaan penonton di kaca televisyen, seorang anak SK Permatang Bertam telah memahatkan namanya di dalam lipatan sejarah yang tidak mungkin mudah dilupakan.
Hanan Athirah bt Nazli membuktikan betapa kesungguhan dan keberanian mampu meletakkan seseorang di tempat yang tinggi apabila meraih gelaran Naib Juara Program Adik-Adikku Musim keempat . Kejayaan tersebut bertambah manis apabila detik kemenangan turut diraikan bersama kumpulan penyokong dan guru-guru yang dibawakan khas dari P.Pinang.
Seluruh warga SKPB amat berbangga dengan pencapaian ini. Hanan Athirah adalah refleksi untuk semua anak-anak SKPB bahawa tidak mustahil untuk mencapai sesuatu kejayaan asalkan mahu berusaha tanpa ada rasa putus asa. Semoga akan ada lebih ramai anak-anak SKPB yang mampu menjadi sehebat Hanan Athirah pada suatu hari nanti.
Tahniah Hanan Athirah! Anda kebanggaan kami!
Untuk warga SKPB yang terlepas aksi hebat di malam kemuncak tersebut, boleh saksikan video persembahan di sini.



Detik pengumuman kemenangan pula di sini :



*Untuk kualiti video yang lebih baik, sila buka di laman Youtube dan tukar kualiti video pada butang Change Quality.

Wednesday 5 June 2013

Rancangan Adik-Adikku Musim ke-4

Salah seorang anak kebanggaan SK Permatang Bertam, Hanan Athirah bt Nazli telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang peserta Program Adik-Adikku anjuran RTM .
Dengan bakat dan kebolehan yang ada, beliau telah berjaya menjadi salah seorang peserta final Adik-Adikku yang akan disiarkan di RTM 1 pada 5 Jun 2013 jam 9.00 malam.
Sebagai menghargai dan memberi sokongan, warga SKPB telah membawa sekumpulan penyokong ke PICC, Putrajaya bagi menyaksikan secara langsung persembahan Hanan Athiran di Pentas Akhir Adik-Adikku.
Kami seluruh warga SKPB sentiasa mendoakan kejayaan Hanan!
Hanan Athiran Boleh !!!


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 23 Mei 2013, BKGK SK Permatang Bertam bersama PIBG telah bekerjasama menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Majlis telah berlangsung dengan meriah dimulakan dengan perarakan masuk, ucapan, nyanyian lagu Hari Guru dan bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Guru Besar sendiri.
Selepas rehat, majlis dimeriahkan lagi dengan acara sukaneka antara guru dan permainan antara guru dengan murid.
Akhir sekali, guru-guru dan murid-murid dihidangkan dengan beberapa persembahan yang dijayakan oleh anak-anak SK Permatang Bertam.