Wednesday 29 February 2012

Kejohanan Sepak Takraw Zon Kepala Batas


                                           Kejohanan Sepak Takraw 
                                    12 Tkb MSSPP Zon Kepala Batas

Tarikh : 13 - 17 Februari 2012
Tempat Kejohanan : Dewan SMK Bertam Indah, Kepala Batas
Pengelola : Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam

Pertandingan kejohanan sepaktakraw telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas pada 13, 14, 15, 16 dan 17 Februari 2012. Kejohanan ini dikelola oleh Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Upacara penutup telah dirasmikan oleh En.Rosli bin Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. 



Wednesday 22 February 2012

Program i-Sihat



Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat   : Dewan Al-Khawarizmi

Sempena Program Anti Dadah, Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah menjalankan Program i-Sihat yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan pelajar dan guru. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah : senamrobik, ceramah bahaya dadah, ceramah kesihatan, pameran dadah dan pameran kesihatan. 

Thursday 16 February 2012

Perasmian Blog Rasmi SK Permatang Bertam


Pada 4 Februari yang lalu, bersempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 SK Permatang Bertam telah diadakan pelancaran laman blog rasmi Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Mesyuarat Agung PIBG SK Permatang Bertam yang diadakan setiap tahun, kali ini memberi ruang kepada sidang redaksi sekolah, untuk memperkenalkan laman blog sekolah.

Laman blog ini membekalkan pelbagai maklumat umum berkaitan sekolah seperti guru-guru, Profil Sekolah, lencana sekolah, aktiviti terkini sekolah dan banyak lagi! Ingin ketahui lebih lanjut, sila layaran Blog Rasmi SK Permatang Bertam di http://blogskbertam.blogspot.com/

Wednesday 15 February 2012

Mesyuarat PIBG Kali ke-36 Tahun 2012



Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 bagi tahun 2012 telah diadakan pada 4 Februari 2012 yang lepas. Sesi dialog antara ibu bapa dan guru juga diadakan untuk membincangkan permasalahan dan cadangan penambahbaikan program-program yang akan dijalankan.

Friday 3 February 2012

Mesyuarat PIBG Kali ke-36 SK Permatang Bertam

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Bertam Kali Ke-36 Sesi 2012/2013 akan diadakan pada :-

Tarikh   : 4 Februari 2012 (11 Rabiulawwal 1433H)
Hari      : Sabtu
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Al-Khawarizmi

Dirasmikan oleh,
YBhg. Dato' Seri Reezal Merican binti Naina Merican
Penasihat GPMS Kebangsaan

Perlaksanaan MBMMBI


Perisian Bahasa Malaysia      

Kurikulum baru Bahasa Malaysia memberikan penekanan khusus kepada aspek seni dan aspek tatabahasa.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini.  Ia mengambil kira aspek seni bahasa (pantun, syair, gurindam) dan merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Ia juga menitik beratkan penggunaan aspek tatabahasa dan kosa kata yang betul dan tepat.




Perisian Bahasa Inggeris 

Kurikulum baru English language pula memberikan penekanan khusus kepada language arts dan phonics.  Bahan digital yang diperolehi akan memenuhi kehendak spesifik ini. Ia akan memberikan pendedahan phonics  kepada pelajar. Ia juga akan memberi pendedahan language arts melalui nursery rhymes, action songs, jazz chants dan stories.
  

Thursday 2 February 2012


PERKAKASAN ICT

Program Makmal Bahasa MBMMBI

Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011  bagi menggantikan  Dasar Pengajaran dan  Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 adalah berkaitan. Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia. Manakala strategi memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Sehubungan itu makmal bahasa merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan di makmal komputer sekolah bagi menyokong dasar MBMMBI.  

Penggunaan Makmal Komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan perkara-perkara berikut :-

* Menjimatkan kos perolehan baru peralatan ICT untuk Makmal Bahasa.
* Mengoptimumkan penggunaan makmal komputer bagi pengajaran bahasa.
* Menggalakkan pengunaan ICT dalam proses pengajaran & pembelajaran bahasa disekolah.
* Membantu guru dan murid dalam memartabatkan B. Malaysia & memperkukuh B. Inggeris.

Objektif :

* Satu pendekatan dalam menambah baik kurikulum pembelajaran bahasa.
* Menyediakan satu medium interaktif dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .
* Individu atau kumpulan dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P  bahasa      di dalam kelas sebenar – dapat membentuk kreativiti pelajar.
* Pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa – mendengar tape, memainkan bahan digital, slaid & filem berkaitan.

Menggunakan makmal komputer sedia ada dengan tambahan peralatan ICT iaitu :
- Head set
- Spliter
- LCD Monitor
- Classroom Monitoring  System (perisian platform bagi perlaksanaan p&p)
- Perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)



Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah keranan Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.