Monday 17 September 2012

Majlis Sambutan Raya dan Hari Kanak- Kanak


Pada 14 September 2012, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak- Kanak peringkat sekolah.
Majlis bermula dengan ucapan  Puan Khaiyati Niza yang disusuli dengan persembahan nyanyian lagu- lagu raya oleh para pelajar Tahun 4. Kemudian murid- murid SKPB dipertontonkan dengan persembahan tarian oleh kumpulan tarian sekolah.
Majlis bertambah meriah apabila murid- murid menerima agihan aiskrim yang disusuli oleh acara kemuncak iaitu jamuan hari raya. Selain daripada makanan yang disediakan oleh pihak sekolah, murid- murid juga membawa pelbagai jenis bekalan makanan seperti kek, kuih-muih dan gula- gula.
Suasana jamuan berlangsung dalam keadaan meriah tetapi terkawal.
















Sunday 9 September 2012

Majlis Bacaan Yasin Perdana


Pada 6 September 2012, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Bacaan Yasin Perdana untuk pelajar- pelajar Tahun 6 sempena menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 11 September 2012.
Majlis yang bermula seawal jam 5.00 petang turut diserikan dengan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan, Ustaz Azman bin Mohd Said yang memberikan beberapa tips untuk pelajar dan para waris.
Selepas selesai majlis berbuka puasa di mana para pelajar digalakkan untuk berpuasa sunat, semua tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti oleh bacaan Yasin.
Semoga usaha murni para guru, ibu bapa, waris dan pelajar- pelajar sendiri ini dirahmati dan diberkati Allah SWT.