IBU BAPA / WARIS


Semakan Keputusan Ujian / Peperiksaan Secara Online
Kepada para ibu bapa dan waris pelajar-pelajar Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) SK Permatang Bertam, anda boleh menyemak markah dan keputusan Ujian serta Peperiksaan anak-anak anda menggunakan laman web yang diberi di bawah.
Mudah sahaja, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran anak-anak anda.




Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Kepada ibu bapa dan waris pelajar-pelajar Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) anda boleh mendapatkan bahan penerangan konsep KSSR dan PBS untuk membantu anda memahami  sedikit sebanyak konsep dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sila dapatkan Bahan Penerangan KSSR dan PBS di sini.




Sarana Ibu Bapa / Sarana Sekolah 
Di bawah Transformasi Pendidikan oleh Kerajaan, telah dilancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Secara ringkasnya, sarana ibu bapa akan membuka pintu dan ruang penyertaan untuk ibu bapa dan waris bagi setiap program dan aktiviti sekolah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah ini, ibu bapa dan waris boleh muat turun bahan yang berkenaan di sini :