PROFAIL

SEJARAH SEKOLAH

Mula diasaskan pada 1918. Pertama kali sekolah didirikan pada 1912, namun pendidikan yang dijalankan secara tidak formal. Antara sekolah tertua di Seberang Perai. Bangunan baru dibina dan berpindah tapak ke kawasan sekarang. Tapak dibeli oleh seorang penduduk bernama Pak Derani. Bangunan dikelola oleh Pejabat pelajaran Negeri Pulau Pinang. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Ah Heng yang tinggal di Bagan Tuan Kechil. Bangunan pertama yang didirikan ialah sebuah bangunan berukuran 100 kaki X 27 kaki , sebuah rumah guru dan sebuah telaga batu. Kos keseluruhan ialah RM 18,000.00. Bangunan dipinjamkan kepada Pusat Muhibbah Kaum Daerah Kepala Batas pada 1962. Dikembalikan kepada sekolah semula pada 1963. Dipinjamkan sekali lagi kepada pihak sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Permatang Bertam selama dia tahun. Akhirnya Sekolah Menengah Permatang Bertam dipindahkan ke Sekolah Menengah Inggeris Kepala Batas ( SMK Datuk Haji Abdul Kadir ). Tahun 1918, menerima 200 orang murid yang diajar oleh 5 orang guru lelaki. Mulai 1930, sekolah menerima murid perempuan. Biasanya murid yang berjaya akan ditawarkan kerja sebagai guru pelatih.
Bangunan tambahan :- 

  • 1964 –  Bangunan A, dirasmikan oleh YB Encik Aminuddin Bin Baki, Ketua Penasihat  Pelajaran Malaysia pada 26 September.  
  • 1972 –  Bangunan C. 1986 – Bangunan B.
  • 2001 –  Bangunan D, dirasmikan oleh Timbalan  Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 21 April 2001,serentak dengan perasmian makmal komputer dan surau.

 VISI

 Menjadikan SKPB Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang
 Di Peringkat Daerah Menjelang Tahun 2010.



MISI 

SK Permatang Bertam akan:-

  • Meningkatkan pencapaian akademik pelajar ke tahap maksima  
  • Mengamal dan menerapkan budaya penyayang  
  • Memastikan keadaan persekitaran dan fizikal sekolah sentiasa bersih, ceria dan selamat  
  • Memastikan pengurusan kewangan mengikut prosedur yang ditetapkan 


                                         

FALSAFAH SEKOLAH

  •   Melahirkan murid yang pintar dan berketrampilan  
  •   Melahirkan insan yang berakhlak mulia
  •   Dapat menymbangkan bakti kepada agama, bangsa & negara


                                          

PIAGAM SEKOLAH

Kami Guru Besar, guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, kakitangan pejabat dan pekerja SK Permatang Bertam dengan penuh tekad dan iktizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

  • Memotivasikan murid-murid ke peringkat maksima sejajar dengan harapan mewujudkan murid-murid yang berilmu, berkualiti, berwawasan, berkepimpinan dan berketrampilan.
  • Mendapat sokongan serta kerjasama yang erat dan padu daripada masyarakat setempat untuk meningkatkan   kecemerlangan pelajar dan kemajuan sekolah.