Saturday 30 June 2012

Hari Terbuka SKPB

Pada hari Jumaat, 29 Jun 2012 telah berlangsung Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam untuk tahun 2012. Hari Terbuka ini dihadiri oleh ibu bapa dan waris pelajar- pelajar Tahun 1 - 5 untuk berjumpa dan berbincang dengan guru-guru mengenai prestasi anak masing-masing.
Sewaktu perjumpaan tersebut, para waris dan ibu bapa juga telah menerima buku rekod kemajuan anak masing-masing.
Semoga perjumpaan antara guru dan para waris ini dapat menjana suatu kerjasama erat antara kedua- dua pihak demi menjamin kecemerlangan dan kegemilangan pelajar- pelajar SK Permatang Bertam. 

Saturday 23 June 2012

Kejohanan Olahraga Jemputan

Pada 19 Jun dan 23 Jun 2012, SK Permatang Bertam telah menerima 3 jemputan daripada sekolah-sekolah berhampiran untuk menyertai acara 4 x 100 m sempena Kejohanan Hari Sukan mereka. 
Pada 19 Jun, adalah Kejohanan Sukan SJK(C) Pei Yu yang berlangsung di Kompleks Sukan Bertam. SK Permatang Bertam telah menghantar 2 pasukan iaitu kuartet  4 X 100m lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan berjaya menggondol pingat gangsa.

Pada 23 Jun pula, SK Permatang Bertam telah menerima 2 jemputan lagi daripada SK Kepala Batas dan SK Ara Rendang. Sebanyak 3 kuartet telah dihantar iaitu 2 kuartet beraksi di Kompleks Sukan Bertam manakala 1 kuartet lagi beraksi di padang SK Ara Rendang. 
Aksi mantap kedua-dua kuartet SKPB di Kompleks Sukan Bertam menyaksikan dua pingat perak berjaya diraih. Manakala kuartet pelapis yang beraksi di SK Ara Rendang berjaya menempatkan diri di tempat ke empat. 

Warga SKPB berasa bangga di atas kejayaan anak-anak SKPB membawa pulang pingat dan hadiah pada setiap kejohanan ini. Semoga kejayaan ini mampu memberikan pendedahan yang berguna kepada mereka dan memberikan galakan kepada lebih banyak bakat-bakat baru dalam sukan olahraga.

TAHNIAH!



dari kiri : Fuad, Hakeem, Syahmi, Amir


dari kiri : Izyan, Saffa, Nazifa, Masturina

Kem UPSR Petronas

Pada 15 - 17 Jun, bertempat di Chempaka Hotel & Service Suites, Kuala Lumpur telah berlangsung Kem UPSR 2012 anjuran PETRONAS. Sebagai salah sebuah sekolah yang tersenarai dalam Program Pendidikan BAKTI Petronas, SK Permatang Bertam telah menghantar seramai 40 orang murid-murid tahun 6 dengan diiringi oleh 2 orang guru pengiring untuk menyertai kem tersebut. 
Sepanjang berada di kem tersebut, banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang telah diperolehi oleh para peserta. Perjumpaan dan perkenalan dengan peserta-peserta lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Melaka, Johor dan Selangor telah membuka minda dan memberikan anjakan paradigma baru di dalam diri pelajar-pelajar SK Permatang Bertam. 
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi oleh 40 orang pelajar ini dapat memberikan manfaat dan dikongsi bersama rakan-rakan lain di sekolah.

Berkumpul di dewan sambil menunggu bas.
Berbaris penuh tertib untuk menaiki bas


Fun Time @ PETRONAS UPSR camp


Guru-guru pengiring : Pn.Hjh Nasriah dan Pn. Hanisah


Majlis Penutup : SKPB diwakili oleh En. Ahmad Bukhori

Friday 22 June 2012

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-41



          
Pada hari Sabtu, 16 Jun 2012 telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan SK Permatang Bertam kali ke-41 yang bertempat di Padang SMK Datuk Hj Ahmad Badawai. Acara dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat pada jam 8.00 pagi, Kemudian, acara hari sukan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu Sekolah seterusnya acara perbarisan yang disertai oleh rumah-rumah sukan. Kejohanan Sukan SK Permatang Bertam telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hilmi bin Abd. Rashid, Mantan Pengerusi Uda (M) Bhd.

           Seterusnya majlis diteruskan dengan acara sukan balapan dan penyampaian hadiah bagi acara lontar peluru, lompat tinggi dan seterusnya penyampaian hadiah bagi acara balapan yang telah berlangsung. Sukan diteruskan lagi dengan acara tarik tali bagi rumah sukan. 



           Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara menunggu keputusan rasmi kejohanan. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi PIBG SK Permatang Bertam, En. Mohd Afif bin Dato Osman. Johan perbarisan dimenangi oleh pasukan Merah. Johan keseluruhan disandang oleh Rumah Biru. Majlis bersurai tepat pada pukul 12.30 tengah hari.


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN :-


JOHAN                    - Rumah Biru
NAIB JOHAN         - Rumah Merah
TEMPAT KE-3       - Rumah Hijau
TEMPAT KE-4       - Rumah Kuning




JOHAN PERBARISAN : Rumah Merah




OLAHRAGAWAN : Uzair bin Mohd Fadzli
OLAHRAGAWATI : Nur Ida Shazwani bt Azman

Lawatan ke Pahang

Bersempena dengan Pertandingan MTQ Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuantan, seramai 40 orang murid dan guru-guru SK Permatang Bertam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pahang. Selain daripada memberikan sokongan kepada Danial Arsyad bin Alwi yang menyertai Pertandingan bercerita Kisah-Kisah Al-Quran, peserta rombongan juga telah melawat beberapa tempat yang menarik yang ada di sekitar Kuantan. Antaranya ialah, Deerland, Bukit  Gambang Theme Park dan Kuala Gandah Elephant Sanctuary.
Tiada wang ringgit yang dapat disamakan dengan pengalaman bernilai yang dikutip oleh para peserta sewaktu meluncur turun dari ketinggian di Bukit Gambang dan detik-detik sewaktu mandi bersama gajah di Kuala Gandah. 

Seronok di Bukit Gambang Resort

Deerland
Bermesra dengan gajah di Kuala Gandah


Pengalaman bernilai : menaiki gajah di Kuala Gandah

Keberanian anak-anak SKPB

Mandi bersama gajah

Kejohanan MTQ Peringkat Kebangsaan

Pada 26 Mei yang lepas, tercatat satu lagi tinta sejarah apabila seorang pelajar SK Permatang Bertam , Danial Arsyad bin Alwi mempersembahkan bakatnya di pentas Kejohanan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran. 
Walaupun tidak berjaya menempatkan diri di kalangan tiga peserta terbaik, perjuangan beliau di bumi Tok Gajah itu telah memberikan kebanggaan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam. Seluruh warga sekolah juga berharap agar keputusan tahun ini menjadi titik permulaan kepada perjuangan yang lebih cemerlang. 

Kontinjen Pulau Pinang bersama En.Khairudin 

Aksi anak SKPB di pentas kebangsaan

Danial Arsyad pasti akan kembali di pentas ini